KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd melantik bekas ketua setiausaha (KSU) Kementerian Luar Tan Sri Rastam Mohd Isa sebagai pengerusi baharunya berkuat kuasa hari ini.
Kumpulan perladangan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata Rastam mengambil alih jawatan itu daripada pengerusi sementara Datuk Shahrol Anuwar Sarman yang dilantik semula sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif.
Selain berkhidmat sebagai KSU kementerian itu bermula 2006 hingga 2010, Rastam juga pernah menyandang peranan sebagai pengerusi dan ketua eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia pada 2015 hingga 2020.
Beliau juga adalah Profesor Adjung di Kuliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk tempoh 2021 hingga 2022.
Selepas bersara sebagai KSU Kementerian Luar, Rastam dilantik sebagai Utusan Khas Kerajaan Malaysia ke Brunei.
Selain itu, beliau turut berkhidmat sebagai penasihat di Jabatan Ketua Menteri Sarawak selama tiga tahun (2010-2013) dan memegang jawatan sebagai lembaga pengarah di beberapa syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023
FGV Holdings Bhd melantik bekas ketua setiausaha (KSU) Kementerian Luar Tan Sri Rastam Mohd Isa sebagai pengerusi baharunya berkuat kuasa hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
Kerajaan boleh tawar pilihan sewa kepada mereka tidak mampu beli rumah - Institut REHDA
Menurut REHDA, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih mampan berikutan tanah adalah sumber yang terhad.
450,000 orang tinggalkan Rafah dalam tempoh seminggu - PBB
Hampir 450,000 orang meninggalkan bandar Rafah di Gaza dalam tempoh seminggu.
Platform video Rumble saman Google kerana langgar peraturan persaingan
Platform hos video dalam talian, Rumble, telah mengemukakan saman ke atas Google dan Alphabet kerana melanggar peraturan persaingan semasa mempromosikan platform video YouTube.
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Pensyarah Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohd Nazre Salleh berkata arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar. Jelasnya, tanpa bilangan arboris yang mencukupi, audit pokok-pokok berusia tidak boleh dilaksanakan dengan berkesan.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
Terus tanam pokok dalam bandar, walaupun ada kejadian pokok tumbang - NGO
Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata penanaman pokok di bandar-bandar perlu diteruskan bagi tujuan menghijaukan kawasan tumpuan dan memelihara alam. Jelasnya, kejadian pokok tumbang tidak wajar menjadi penghalang kepada usaha menangani kesan perubahan iklim.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
AWANI Ringkas: Sempadan Malaysia-Thailand
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Isu kasino kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia mahu rebut insentif transformasi digital Qatar, bekerjasama dalam sektor AI - PM
Malaysia mahu meneroka potensi kerjasama bersama Qatar dalam sektor kecerdasan buatan (AI).
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.
Pegawai kadet TLDM jadi 'target' pegawai semasa latihan
Bekas pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa, mendiang J. Soosaimanicckam menjadi target (sasaran) pegawai-pegawai semasa mangsa menjalan
FGV namakan Rastam Mohd Isa sebagai pengerusi baharu
FGV Holdings Bhd melantik bekas ketua setiausaha (KSU) Kementerian Luar Tan Sri Rastam Mohd Isa sebagai pengerusi baharunya berkuat kuasa hari ini.
Perniagaan perladangan FGV akan bertambah baik tahun ini - CEO
FGV Holdings Bhd melihat operasi sektor perladangannya akan terus bertambah baik tahun ini.
'Hanya tumpu kenaikan elaun pengerusi, lembaga pengarah?' - Anwar persoal AGM FGV Holdings
Dalam kenyataannya pada Khamis, beliau turut ingin tahu jika isu berkaitan nasib peneroka akan turut menjadi agenda mesyuarat tahunan syarikat perladangan itu.
Lima bekas Pengarah FGV Holdings berjaya hidupkan semula tuntutan balas
Lima bekas pengarah bukan eksekutif FGV Holdings Bhd berjaya dalam rayuan mereka untuk menghidupkan semula tuntutan balas terhadap syarikat itu membabitkan pemerolehan Asia Plantation Ltd (APP).
Tarikh akhir penerimaan pengambilalihan FGV dilanjutkan
Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) melanjutkan lagi masa dan tarikh tutup penerimaan tawaran daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi pengambilalihan FGV Holdings Bhd.
Kerajaan kesal AS sekali lagi sekat kemasukan minyak sawit Malaysia
Kerajaan kesal dengan tindakan Amerika Syarikat yang sekali lagi menyekat kemasukan minyak sawit Malaysia ke negara itu.
'Kanak-kanak bantu ibu bapa bekerja bukan buruh paksa' - Pengerusi Felda
Datuk Seri Idris Jusoh menjelaskan kanak-kanak yang bekerja untuk membantu ibu bapa di ladang adalah sebagai budaya kerja tempatan dan bukannya sebagai buruh paksa.
FGV jangka catat prestasi baik pada suku kedua berikutan peningkatan FFB
Bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac, 2020 kerugian bersih FGV meningkat kepada RM142.34 juta berbanding kerugian bersih RM3.37 juta pada suku yang sama tahun lepas.
FGV wujudkan pelan tindakan pertingkat amalan buruh
Pelan Tindakan FGV 2020 menekankan komitmen syarikat terhadap usaha pengambilan pekerja migran secara bertanggungjawab dan memperkukuh mekanisme berkaitan.
Kerugian FGV punca resolusi bayaran yuran pengarah ditolak
Keputusan menolak tiga resolusi berhubung pembayaran yuran serta manfaat pengarah FGV Holdings Bhd (FGV) dibuat berikutan prestasi syarikat itu yang mengalami kerugian RM1.08 juta pada tahun lepas.